Categories
SELANGOR

Walimatul Urus beramai-ramai bantu pasangan

OLEH : HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 2 MEI: Program Walimatul Urus secara beramai-ramai sewajarnya diadakan secara kerap supaya ia menjadi amalan di kalangan masyarakat di negara ini.

Majlis seperti itu ternyata banyak membantu keluarga dan pasangan pengantin baru terutama daripada segi kos penganjuran tinggi.

Pasangan suami isteri, Qamarul Aqramin Rosli, 26, dan Nurul Ashikin Ahmad, 26, memuji langkah penganjur, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, mengadakan Majlis Perkahwinan Perdana “Mahligai Kasih Mega 2016” itu.

IMG-20160501-WA0013“Saya memang ingin terbabit dalam majlis seperti ini dan gembira kerana dapat menyertainya di daerah sendiri,” kata Nurul Ashikin, yang bertugas sebagai guru bersama suami di Melaka.

Qamarul berkata, keputusan menyertai majlis itu selepas terlihat iklan mengenainya dan ia sememangnya memberi manfaat untuk pasangan pengantin baru berjimat serta dapat meraikannya bersama pasangan lain dalam satu majlis besar.

“Ia memang wajar diteruskan supaya lebih ramai lagi pasangan pengantin dapat menikmatinya,” katanya.

Abdullah Sani Saad, 26, dan isteri, Nor Izan Iawani Nordin, 28, juga berpandangan sama yang ia banyak membantu terutama bagi mereka dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

IMG-20160501-WA0017“Dengan kos sara hidup kian meningkat maka ia memang patut diadakan tambahan pula pakej mengadakan majlis perkahwinan juga agak mahal masa ini.

“Pogram diadakan dalam dewan juga sesuai dengan semua pasangan diraikan bersama,” kata Sani, seorang kakitangan sektor swasta dari Serdang.

Pasangan saudara baru, Muhammad Haris Abdullah, 40 dan isteri, Nor Alisha Abdullah, 40, menyatakan kesyukuran dapat bersama pasangan lain dalam satu majlis besar itu.

“Kita gembira dapat meraikan hari bahagia bersama saudara lain iaitu semua pasangan pengantin baru dalam majlis ini.

IMG-20160501-WA0023“Ia menarik bila diadakan dengan cara sebegini yang menandakan Islam itu bersaudara dan mementingkan kesederhanaan dalam hidup,” kata Haris, seorang kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya yang menganut agama Islam pada 2013 diikuti Alisha pada tahun lalu.

Mereka selepas itu bertemu jodoh dan dicadangkan guru agama, Ustaz Mohd Zamri Khamis bagi menyertai program juga membabitkan sepuluh pasangan pengantin lain.

Program Perkahwinan Perdana “Mahligai Kasih Mega 2016” anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor diadakan buat kali kedua selepas kali pertama pada 2014.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.