Categories
SELANGOR

Walimatul urus beramai-ramai jimat kos, erat hubungan keluarga

OLEH : HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 1 MEI: Majlis walimatul urus secara beramai-ramai mampu menjimatkan kos serta mengeratkan silaturahim antara keluarga termasuk dari kalangan bukan beragama Islam.

Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, Abdul Rahim Salleh, berkata ia adalah program kedua dianjurkan pihaknya kali ini bagi menghimpunkan pasangan pengantin baru di daerah itu termasuk dari kalangan saudara baru.

IMG-20160501-WA0009“Kali ini kita meraikan pasangan pengantin tidak terkecuali saudara baru yang mana kaum keluarga dapat turut bersama dalam majlis ini.

“Pendekatan ini (majlis di dewan makan) supaya ahli keluarga tahu menganut Islam tidak memutuskan hubungan antara keluarga biarpun berbeza fahaman agama di mana yang membezakan kita hanya dari sudut aqidah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perkahwinan Perdana “Mahligai Kasih Mega 2016” di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Orang Besar Daerah, Datuk Mohd Yaakob Ismail, meraikan 11 pasangan pengantin baru dalam satu majlis.

IMG-20160501-WA0008Program pertama dijalankan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor adalah pada dua tahun lalu diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini.

Beliau berkata, ternyata program dijayakan itu dapat membantu keluarga dan pasangan pengantin berjimat ekoran terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup tinggi ketika ini.

“Ia membantu dari segi kos mengadakan majlis walimatulurus ketika masyarakat menghadapi kos sara hidup kian meningkat masa kini.

“Ini adalah alternatif dan kita berusaha dari semasa ke semasa bagi membabitkan orang ramai dalam program seperti ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.