Categories
SELANGOR

Putrajaya mesti contohi Selangor gaji minimum RM1,500

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SUBANG, 1 MEI : Inisiatif Kerajaan Negeri melaksanakan gaji minimum RM1,500 dan pelbagai manfaat lain kepada penjawat awam Selangor mendapat perhatian pegawai kerajaan di Putrajaya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata wujudnya permintaan daripada pekerja Kerajaan Persekutuan untuk mendapat manfaat sama di bawah pentadbiran Kerajaan Selangor.

“Selepas Kerajaan Negeri menguatkuasakan paras gaji minimum RM1,500 di Selangor, saya menerima banyak permintaan daripada pegawai kerajaan di Putrajaya untuk berpindah dan berkhidmat di Selangor.

M Azmin MTUC“Tetapi saya tidak mampu untuk memberi peluang itu kepada semua melalui struktur Kerajaan Negeri. Cuma apa yang boleh saya katakan, mereka tidak perlulah datang ke Selangor.

“Biarlah saya dan pimpinan pembangkang lain yang ke Putrajaya untuk selesaikan semua masalah pekerja hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Pekerja di perkarangan Wisma MTUC, di sini pagi ini.

Hadir sama, Pemangku Presiden MTUC; Abdullah Sani Abdul Hamid, Setiausaha Agung MTUC; Gopal Krishnam, bekas Setiausaha Agung MTUC Halim Mansor dan Presiden NUFAM; Ismail Nasarudin.

Sejak 2008, pentadbiran Pakatan Selangor terus kukuh memacu pertumbuhan ekonomi negeri serta melaksanakan pelbagai pelan reformasi kepada penjawat awam di seluruh negeri.

Antara manfaat diterima kakitangan awam Selangor, pemberian bonus satu bulan setengah gaji pada Mei tahun lalu, penetapan had minimum pendapatan bulan RM1,500 dan pemberian cuti bersalin 90 hari.

Selain itu, tempoh cuti 14 hari diberikan kepada suami yang isterinya bersalin dan cuti khas kematian suami selama 30 hari untuk isteri bekerja.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.