Categories
SELANGOR

Yuran percuma antara tarikan terkini pelajar ke UNISEL

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 MEI: Tawaran yuran pengajian percuma Universiti Selangor (UNISEL) di bawah Skim Dermasiswa menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka untuk menyambung pelajaran.

Kakitangan bank, Zainal Abidin Ali, 53, mencadangkan agar skim bermanfaat seperti itu dapat diperluaskan kepada semua program lain.

“Sebagai langkah awal, pelaksanaan skim ini adalah sangat wajar dan boleh diperluaskan lagi.

UNISEL“Sangat elok adanya skim seperti ini kerana keadaan ekonomi sekarang yang semakin membebankan skim ini membuktikan Kerajaan Negeri prihatin kesusahan rakyat,” katanya.

Kakitangan kerajaan, Sharifah Ennizam Syed Ahmad, 49, memuji pemberian Kerajaan Negeri itu kerana ia sangat membantu beliau yang mempunyai tiga anak yang masih belajar.

Difahamkan, anaknya merupakan salah seorang pelajar yang layak menerima skim berkenaan.

“Sangat bersyukur dapat bantuan ini kerana ia meringankan beban.

“Langkah ini juga adalah pendekatan berkongsi hasil Kerajaan Negeri bersama rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairi Hashim, 48, berkata faktor yuran percuma adalah salah satu sebab beliau memilih untuk menghantar anaknya ke UNISEL.

“Selaku kakitangan UNISEL, saya yakin UNISEL adalah pilihan terbaik untuk merealisasikan impian anaknya kerana saya tahu serba sedikit pembelajaran di sini.

“Skim ini juga memang bagus cuma saya masih ramai masyarakat di luar sana yang tak berapa tahu tentang skim ini,” katanya.

Universiti Selangor (UNISEL) memperuntukkan kira-kira RM3.9 juta untuk membiayai 500 pelajar pengajian tahun asas bidang Sains dan Teknologi Maklumat menerusi Skim Dermasiswa.

Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum UNISEL, Dr Hamdan Mohd Salleh, berkata pelajar layak menerima pembiayaan yuran pengajian berjumlah RM7,500 hingga RM8,040 setiap pelajar.

Para pelajar yang berminat untuk memohon program Tahun Asas bagi kemasukan Mei 2016 masih boleh mendaftar sehingga 27 Mei ini dengan melayari lawan sesawang www.unisel.edu.my atau menghubungi terus Pejabat Pemasaran dan Kemasukan di talian 03-5522 3435.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.