Categories
NASIONAL

1.2 juta pengundi dipindah tanpa sah, SPR langgar undang-undang

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 JUN : Pemindahan membabitkan 1.2 juta pengundi menjelang Pilihan Raya Umum 14 bertentangan dengan undang-undang persempadanan semula.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewajarnya memastikan pengundi mengambil maklum perubahan saluran pengundian lebih awal.

Beliau berkata, ketetapan itu perlu diambil supaya tidak wujudnya kekeliruan kepada pengundi sewaktu hari pembuangan undi dibuat.

SPR“Menjelang pilihanraya akan datang, SPR mengubah 1.2 juta pengundi yang dipindahkan saluran pengundian mereka.

“Isu teknikal dibangkitkan KEADILAN kerana pengundi tidak dimaklumkan dan pada masa sama, SPR sewajarnya tidak melakukan perubahan di luar sempadan.

“Malangnya SPR membuat perubahan pengundi ke Parlimen lain melibatkan lebih 41,000 nama yang belum dikenalpasti,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau merujuk kes berlaku pada Pilihan Raya Kecil PRK Sungai Besar lalu membabitkan 2,000 pengundi dinafikan untuk mengundi apabila nama masing-masing didakwa hilang daripada daftar pengundi.

Nurul-IzzahMajoriti pengundi berkenaan dipindahkan ke Parlimen Sabak Bernam walaupun ada dalam kalangan mereka merupakan penduduk dan pengundi Parlimen Sungai Besar sejak dulu lagi.

Lebih membimbangkan, Nurul Izzah berkata ada juga kes yang mana pengundi turut berubah saluran ke negeri lain, melangkau kawasan pengundian asal.

“Ada kawasan di Pahang, sekarang terpaksa mengundi di Kemaman dan dipindahkan yang mana keadaan ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan melanggari undang-undang,” katanya.

Daripada jumlah itu katanya, lebih 118,000 pengundi pula ditukarkan ke kawasan DUN tanpa dimaklumkan perpindahan tersebut.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.