Categories
SELANGOR

26 Rumah Pemulihan Al-Riqab terima sumbangan MAIS RM49,988

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan bantuan Ramadan berjumlah RM49,988 berupa barangan keperluan kepada 26 Rumah Pemulihan Al-Riqab di Selangor.

Bantuan terbabit disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Al-Riqab MAIS, Prof Dr Mujaini Tarimin dan Setiausaha MAIS, Datuk Bakhtiar Hussin dalam Majlis Tadarus Perdana dan Program Berbuka Puasa bersama Asnaf Al-Riqab di Laman Kayangan di sini, malam tadi.

mais02Antara rumah pemulihan yang menerima bantuan ialah Rumah Penawar, Puncak Alam; Rumah PROKIM, Bukit Beruntung; Rumah Pewahim (Wahidayah), Bukit Beruntung; Rumah Bela Insan, Ampang dan Rumah Darul Ukhwah, Puchong.

Selain bantuan itu, sumbangan geran tahunan juga diberikan kepada 10 Rumah Pemulihan Al-Riqab.

Seramai 280 asnaf Al-Riqab turut serta dalam majlis itu disusuli khatam Al-Quran dan solat sunat Tarawih.

Dalam majlis sama diadakan penyampaian Anugerah Rumah Al-Riqab Terbaik dengan kategori Rumah HIV Terbaik dimenangi Rumah Astana Budi, Rawang.

Bagi kategori Rumah Sosial Terbaik dimenangi Rumah Darul Wardah, Jalan Kebun, Klang manakala kategori Rumah Kanak-Kanak Terbaik dimenangi Rumah Safiyya, Shah Alam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.