Categories
SELANGOR

28 cawangan LZS dibuka setiap hari sepanjang Ramadan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka 28 cawangannya di seluruh Selangor selama tujuh hari seminggu di sepanjang Ramadan termasuklah pada cuti umum bagi memudahkan umat Islam untuk menunaikan zakat fitrah.

Menerusi laman rasmi LZS, waktu operasi bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang dari hari Isnin sehingga hari Jumaat, manakala waktu operasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.

LZS ZAKATCawangan Zakat Selangor turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit dan kad debit.

Zakat fitrah juga boleh ditunaikan melalui penolong amil IPT di 13 buah IPT di seluruh Selangor.

Selain itu, antara perkhidmatan yang disediakan adalah runding cara zakat, taksiran pelbagai jenis zakat harta dan bayaran zakat selain agihan zakat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.