Categories
SELANGOR

PRK Sungai Besar: Baru jam 9.30 pagi, BN dah buat hal?

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 18 JUN: Kurang dua jam proses pengundian dijalankan, petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) didakwa sudah mula melanggar beberapa peraturan pilihan raya secara terang-terangan.

Kejadian itu berlaku ketika tinjauan wartawan SelangorKini di hadapan Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Utama kira-kira jam 9.30 pagi.

20160618_092559Ia apabila seorang petugas BN yang memakai ‘vest’ yang tertera nama dan logo BN memasuki hingga hampir 50 meter ke dalam kawasan pengundian terbabit sebelum dibantah oleh petugas PAS yang berada di luar kawasan itu.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berada di situ kemudiannya bertindak memanggil wanita terbabit supaya keluar dari kawasan berkenaan.

Mengikut peraturan pilihan raya, tidak dibenarkan sebarang logo atau apa-apa bentuk kempen dijalankan di dalam kawasan pembuangan undi.

Berselang kurang lima minit kemudiannya, seorang lagi petugas jentera pilihan raya BN didapati bertindak secara terang-terang memegang mykad salah seorang pengundi orang kelainan upaya.

Memegang mykad milik individu lain dianggap sebagai satu kesalahan apabila mykad terbabit boleh disalahgunakan untuk mengundi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Insiden berlaku itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan petugas jentera pilihan raya PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang berada di situ.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.