Categories
SELANGOR

407 asnaf, mualaf terima RM203,500

OLEH : SYASYA SUFIAN

CYBERJAYA, 23 JUN: Seramai 407 orang asnaf fakir dan miskin serta mualaf menerima sumbangan hari raya dengan jumlah keseluruhan RM203,500 dalam Masjis berbuka Puasa bersama rakyat dan sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri di Masjid Raja Haji Fi’ Sabilillah, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan diserahkan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada 287 asnaf dan 120 saudara baru dengan bantuan tunai berjumlah RM500 seorang.
Baginda turut mencemar duli berbuka puasa dan solat maghrib, isyak serta solat sunat tarawih bersama rakyat.

CP2A7807-800x533Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata masyarakat harus bersyukur kerana berpeluang merasai nikmat dan rahmat Ramadan menerusi amalan berpuasa dengan ibadah sunat lain seperti bersedekah, berzikir, bertadarus al-Quran dan memberi makan kepada orang berpuasa.

“Hari-hari terkahir ini, contohilah Rasullah saw dengan beriktikaf walaupun baginda sibuk berjihad, mengajar dan berjuang demi kemaslahatan kaum muslimin untuk mendapatkan anugerah tuhan khususnya di malam al-Qadar,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah; Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis dan Ahli Dewan DiRaja.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.