Categories
PBT SELANGOR

Premis judi di serbu MPSJ

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 JUN: Sebanyak 14 mesin permainan elektronik dan 32 set peralatan komputer dirampas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam operasi bersepadu pusat perjudian di USJ sejak beberapa bulan yang lalu.

Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata operasi itu dijalankan di dalam sebuah kompleks membeli-belah bagi dikesan pihak berkuasa.

MPSJ-PUSAT-JUDI“Kita dapati pengusaha menyembunyikan kegiatan mereka di sebalik nama perniagaan lain seperti butik, pusat siber dan pusat hiburan keluarga.

“Sebaliknya dalam premis ada pintu khas yang boleh menyambungkan pengunjung ke ruang khas untuk aktiviti perjudian”,”katanya.

Muhammad Azli berkata, premis disita di bawah Undang-undang Kecil Pusat Siber Majlis Perbandaran Subang Jaya 2007 dan Akta Seksyen 6 (1), Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 (Pindaan 2001) kerana mengadakan aktiviti hiburan (perjudian mesin permainan elektronik) tanpa kebenaran.

MPSJ-PUSAT-JUDI-1“Walaubagaimanapun, pengusaha tidak serik menjalankan operasi selepas di sita, namun MPSJ akan terus membuat penguatkuasaan dari masa ke semasa,”katanya.

Operasi dijalankan dengan dianggotai 45 penguatkuasa bermula jam 10.30 dan berakhir 2 pagi, 21 Jun lalu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.