Categories
SELANGOR

Ahli parti tidak puas hati, punca kelesuan bilik gerakan Umno?

OLEH: HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 17 JUN: Sehari sebelum proses pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar berlangsung, kempen bagi meraih sokongan terus digerakkan parti bertanding sehingga saat akhir.

Perang poster menjadi perkara lumrah setiap kali pilihanraya dan PRK kali ini tidak terkecuali.

Begitu juga dengan bilik gerakan parti dibuka di kawasan strategik dan kampung bagi memudahkan petugas parti berkempen dan menyampaikan amant parti.

562c4f2fBagaimanapun, tinjauan SelangorKini di beberapa kawasan mendapati terdapat sesetengah bilik gerakan parti antaranya Barisan Nasional (BN) hanya diwujudkan tetapi dipercayai tidak berfungsi.

Mengulas perkara itu, petugas Bilik Gerakan AMANAH Pasir Panjang, Abdul Latif Yaakob, berkata berdasarkan maklum balas diperoleh diyakini ia benar berlaku.

“Bilik gerakan dibuka dikatakan tidak beroperasi sepenuhnya.

“Kita mendapat maklumat hanya sebahagian sahaja berfungsi terutama di kawasan bandar dan tidak di kampung,” katanya di sini, hari ini.

Kewujudan bilik gerakan itu dipercayai bagi menggambarkan sokongan rakyat yang kekal kuat kepada parti berkenaan.

af017223-Seorang pemimpin dari salah satu cawangan UMNO di sini mempersoalkan pengagihan imbuhan terhadap semua pihak yang berkaitan.

“Ia berhubung sistem…senang cerita kewanganlah yang peruntukan itu ikut bahagian.

“Dikatakan ada kerja ada duit,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.