Categories
NASIONAL SELANGOR

Azmin: Keputusan PRK penting, tolak calon sokong GST

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA KANGSAR, 16 JUN: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar penting untuk negara dalam menterjemah kuasa rakyat sepenuhnya dalam melakukan perubahan.

Beliau berkata, walaupun tidak dapat merubah pentadbiran Kerajaan Persekutuan, namun ia mampu memberikan isyarat jelas rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

AZMIN KUALA KANGSAR“Walaupun tidak boleh ubah Kerajaan Persekutuan yang ada tetapi PRK ini penting bagi memberikan mesej jelas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat hari kini sudah tidak menerima kepimpinannya kerana beliaulah negara hari ini bertambah rosak, ekonomi musnah dan rakyat berpecah belah

“Pakatan Harapan muncul untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Bercakap dalam Majlis Iftar Perdana bersama penduduk Kampung Lempur Tengah beliau berkata pengundi berhak bertanya kepada calon bertanding mengenai sokongan mereka terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ini kerana GST yang dilaksanakan kerajaan hari ini menekan rakyat termasuk penduduk luar bandar hingga mengakibatkan kenaikan harga barang.

“Kalau ada calon Barisan Nasional (BN) datang ke kampung ini mahu mendapat undi dan meraih sokongan, tanya mereka dahulu adakah mereka bersedia menolak GST.

“Kalau mereka (calon) tidak bersedia menolak GST, kita tolak mereka pada 18 Jun ini dan berikan sokongan kepada Parti Amanah Negara,” katanya.

MB KUALA KANGSARDalam majlis sama, Mohamed Azmin bersama pimpinan Pakatan Harapan menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan harian kepada 100 orang penduduk.

Sebelum itu meluangkan masa bertemu peniaga bazar Ramadan di Taman Chandan Putri dalam aktiviti kempen PRK Kuala Kangsar.

Proses pembuangan undi yang bakal berlangsung Sabtu ini menyaksikan pertembunagn empat penjuru antara calon BN, PAS, Amanah dan Bebas.

Kerusi Parlimen berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.