Categories
SELANGOR

Dr Rosli: MB umum tiga insentif langkah tepat demi rakyat

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 JUN: Tiga insentif penjawat awam diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali langkah tepat untuk mengimbangi peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.

Mantan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata hal ini berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), nilai Ringgit yang lemah menyebabkan kos sara hidup meningkat lebih cepat berbanding peningkatan pendapatan.

Himpunan Bulanan Penjawat Awam host MBSA MB Azmin Bonus (ASRI) (5)“Ini menunjukkan sikap simpati beliau yang tinggi terhadap rakyat Selangor yang berhadapan kenaikan kos sara hidup mendadak yang salah satunya disebabkan pelaksanaan GST sejak tahun lalu.

“Syabas kepada Mohamed Azmin yang menunjukkan simpati tinggi kepada rakyat yang terhimpit dalam kos sara hidup semakin tinggi,” kata Dr Rosli ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Katanya, kedudukan semasa kewangan Kerajaan Selangor yang semakin kukuh turut menjadi faktor membolehkan Kerajaan Negeri memberi tiga insentif itu kepada kakitangannya.

“Selangor berada dalam keadaan kewangan kukuh, kenapa tidak berkongsi dengan rakyat di atas kemakmuran dinikmati Selangor,” katanya lagi.

Dr Rosli berkata kakitangan awam negeri itu memberi sumbangan besar kepada usaha Kerajaan Negeri untuk memakmurkan negeri itu.

Terdahulu, Mohamed Azmin pada Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK mengumumkan tiga insentif untuk kakitangan awam Kerajaan Negeri.

Ia meliputi bantuan khas sempena raya sebanyak sebulan setengah gaji, dua kenaikan gaji iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas dan menaikkan imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripada RM180 kepada RM300.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.