Categories
NASIONAL

Nurul Izzah sayu terkenang kisah merpati patah sayap kad raya Anwar

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 JUN: Menerima kad ucapan raya merupakan perkara biasa tetapi menerima kad ucapan raya ditulis sendiri oleh bapa dipenjara kerana membawa obor perjuangan rakyat sudah tentu menjadi kad raya paling berharga.

Bagaimanapun, itulah dialami sendiri oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang sayu tatkala menerima sekeping kad raya ditulis sendiri oleh bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dipenjara dari 1998 hingga tahun 2004.

Nurul IzzahMengimbas kembali, Nurul Izzah berkata Anwar dalam kad raya itu menceritakan kisah seekor burung merpati yang patah sayap hinggap di depan sel penjara beliau.

“Kad raya yang paling mengesankan pada saya adalah bila saya menerima kad raya dari papa. Papa menceritakan kisah sayu seekor merpati yang patah sayapnya menemani papa di kala merpati tersebut hinggap di depan kamar penjara beliau.

“Papa juga berkongsi makanan dengan kadangkala memberi cebisan roti buat merpati yang agak lemah kerana tidak dapat mencari makanan sendiri,” kata Nurul Izzah kepada SelangorKini.

Jelas Nurul Izzah, malangnya beberapa hari kemudian Anwar mendapati burung merpati itu tiada lagi sebaik beliau pulang semula ke penjara daripada mendapatkan rawatan di hospital.

Ceritanya lagi, kejadian itu menyebabkan Anwar tertanya-tanya sama ada kehilangan burung merpati itu disebabkan burung itu sudah mampu terbang kembali atau disebabkan perkara lain.

“Ironiknya, merpati sering diangkat sebagai salah satu simbol kebebasan tetapi papa pada masa itu papa sedang dipenjarakan, kebebasannya dinafikan,” kata Nurul Izzah lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.