Categories
NASIONAL

Euro 2016: Belgium menang, Ireland lebur impian Sweden

OLEH AFIX REZUAN

PARIS, 23 JUN: Impian Sweden untuk beraksi dalam kelompok 16 pasukan terakhir berkecai selepas tewas 0-1 di tangan Belgium awal pagi ini.

Jaringan tunggal Radja Nainggolan pada minit ke-85 sudah cukup untuk meleburkan hasrat Sweden yang mengharapkan kemenangan atau sekurang-kurangnya seri bagi meneruskan kemaraan.

EURO 2016Nainggolan berjaya melakukan rembatan daripada luar kotak penalti selepas menerima hantaran Eden Hazard untuk menewaskan penjaga gol Sweden, Andreas Isaksson.

Sementara itu, tandukan Robert Brady sudah cukup buat Ireland mengejutkan finalis Euro 2012, Italy untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Jaringan tunggal pada minit ke-85 itu meletakkan Ireland di tangga ketiga Kumpulan E sekali gus memintas kedudukan Sweden.

Namun, kekalahan itu tidak mengubah kedudukan Azzuri untuk melangkah ke pusingan seterusnya sebagi juara kumpulan meskipun mengumpul enam mata dan jumlah jaringan yang sama dengan Belgium.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.