Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor: Jangan terlibat aktiviti keganasan

OLEH : SYASYA SUFIAN

CYBERJAYA, 23 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah sempena nama Raji Haji Fi Sabilillah Ibni Opu Daeng Chelak, adinda kepada Sultan Selangor yang pertama iaitu Almarhum Sultan Salehuddin Ibni Opu Daeng Chelak (Raja Lumu).

Baginda bertitah, semangat jihad yang ada pada Raja Haji Fi Sabilillah dalam memperjuangkan martabat agama Islam di Tanah Melayu menjadi inspirasi untuk menamakan masjid berkenaan.

CP2A7898-800x533“Ia sebagai lambang kekuatan dan penyatuan umat Islam yang tidak pernah lenyap.

“Beta berharap umat Islam di Selangor bersatu padu dan bekerjasama untuk kemajuan serta kesejahteraan bersama,” titah baginda ketika Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Raja Haji Fi Sabilillah sempena Sambutan Nuzul Quran Peringkat Selangor, di sini, malam tadi.

Baginda juga bertitah supaya rakyat Selangor tidak membabitkan diri dalam aktivit keganasan atau pelampau agama.

“Semangat jihad pada setiap umat Islam harus dimanfaat dan disalurkan ke tempat yang betul bukan terlibat dalam aktiviti keganasan atau pelampau agama seperti IS atau DAESH.

“Beta tidak mahu ada dalam kalangan umat Islam di Selangor bersifat ekstremis yang terlalu taksub terhadap agama sehingga menolak segala kemajuan serta tidak mengikut lunas Islam sebenar,” katanya.

CP2A7789-800x533Baginda juga tidak berkenan golongan umat Islam yang terlalu liberal sehingga mengetepikan syariat Islam seperti menghalalkan budaya terlalu bebas seperti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) serta mengamalkan budaya yang terkeluar daripada syariat Islam serta garis panduan yang ditetapkan syarak.

“Jadilah umat Islam yang mengikut landasan Islam sebenar dan sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup,” titah baginda.

Hadir sama pada majlis itu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.