Categories
SELANGOR

Kadar Zakat Fitrah kekal RM7

SHAH ALAM 4 JUN : Kadar Zakat fitrah untuk umat Islam di Selangor pada tahun ini kekal pada kadar RM7.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan kadar itu dikekalkan sama seperti tahun sebelumnya.

Katanya seramai 2,569 ketua dan penolong amil fitrah dilantik di seluruh Selangor pada bulan Ramadan ini dan pihaknya turut membuka kaunter di beberapa pasar raya terpilih di sekitar Lembah Klang.

LZS ZAKAT“Pada tahun ini Lembaga Zakat Selangor (LZS) mensasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM22.5 juta daripada umat Islam di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemudahan pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Digi turut disediakan LZS.

Ia terbuka kepada pelanggan prabayar dan pasca bayar Digi di mana nilai bayaran zakat fitrah akan dicaj pada bil atau ditolak daripada nilai kredit.

LZS membuka 28 cawangannya di seluruh negeri, tujuh hari seminggu dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk hari bekerja dan dari jam 9 pagi hingga 3 petang untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.