Categories
SELANGOR

Pelan 2017-2019, gantian 72 paip atasi NRW

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 JUN : Cadangan penggantian paip lama bagi mengatasi kebocoran paip, Non Revenue Water (NRW) di seluruh negeri dijangka bermula pada 2017 hingga 2019.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata kerja-kerja penggantian membabitkan 72 hostpot di seluruh negeri.

Zaidy“Cadangan dan pelan pelaburan baharu akan dilaksanakan selepas Air Selangor memperoleh lesen perkhidmatan dan fasiliti serta kelulusan Pelan Perniagaan.

“Buat masa ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masih berbincang mekanisme terbaik untuk memberi lesen perkhidmatan dan fasiliti kepada Air Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, sejumlah RM50 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah NRW di seluruh negeri yang mula dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Daripada jumlah itu, 12 hotspot gantian paip sedang disiapkan dan kerja pembaikan dijangka selesai hujung Disember depan.

NRWTerdahulu, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menanggung kerugian air tidak berhasil (NRW) sebanyak RM1.821 juta akibat kecurian air dari 1 Januari sehingga 24 Mei.

Jumlah itu diperoleh hasil daripada 261 notis dikeluarkan SYABAS membabitkan kes kecurian air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Pada masa sama, jumlah tersebut meliputi pengunaan air sebanyak 587,011.67 meter padu bagi tempoh sehingga Mei.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mensasarkan pengurangan NRW sebanyak 25 peratus mampu dicapai tahun ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.