Categories
SELANGOR

Exco ke Taiwan-Taipei, intai peluang pelaburan dan ekonomi

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 JUN : Kerajaan Negeri kini meninjau potensi pelabur Taiwan dan Taipei bagi memperluaskan lagi hubungan dagang antara Selangor dan negara luar.

Komitmen tersebut dizahirkan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim sebagai inisiatif memacu perkembangan ekonomi negeri.

SELANGOR TAIWAN 1Beliau dalam rangka kerja pertemuan bersama beberapa syarikat utama dari antarabangsa selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan 19 Jun lalu.

Gerak kerja tersebut dimulakan menerusi pertemuannya bersama Datuk Bandar Taoyuan, Cheng Wen Tsan, 20 Jun lalu selain turut disertai wakil syarikat korporat Taiwan.

Selain itu, beliau turut diberikan peluang merasmikan Forum Perniagaan Selangor-Taiwan yang dihadiri lebih 700 perserta dari negara itu.

Pada masa sama, Teng juga sempat mengadakan lawatan ke Pusat Skuter ‘Gagoro’ serta turut diberi pendedahan mengenai kemudahan pengangkutan syarikat itu.

SELANGOR TAIWAN 2“Melawat ke pusat skuter pintar, “Gogoro”, dan cuba mempelawa syarikat tersebut untuk menyertai Expo Antarabangsa Selangor pada Oktober ini,” tulisnya di Facebook.

Beliau juga turut mengadakan pertemuan rasmi bersama Datuk Bandar Taipei, Charles Lin bagi meninjau perkembangan peluang pelaburan di Taipei.

Dalam perkembangan sama, beliau juga kini sedang dalam perjalanan ke Kaoshiung bagi mengadakan pertemuan dagang bersama masyarakat di sana.

Teng sebelum ini berkata, Selangor membuka peluang kepada pelabur luar untuk memperluaskan hubungan dagang di negeri ini dengan menyediakan pelbagai persekitaran yang baik dan berkesan.

Katanya, ia bertujuan untuk mempromosikan Selangor selain memupuk kerjasama dengan bakal pelabur, syarikat serta dewan perniagaan yang berpontensi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.