Categories
SELANGOR

Penerima hargai bantuan, rafak takzim Raja Muda

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 21 JUN : Penerima bantuan sumbangan merafak sembah takzim ke atas Raja Muda, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di atas usaha Baginda membantu golongan memerlukan.

Asmah Ibrahim, 56, menghargai usaha murni Baginda Raja Muda membantu masyarakat luar bandar yang memerlukan perhatian dan bantuan.

“Kita rasa cukup terharu apabila Baginda Raja Muda sanggup datang ke rumah kita yang tidak seberapa dengan keadaan kami sekeluarga yang susah.

Raja Muda Selangor Tengku Amir serah sumbangan di Kapar (ASRI) (1)“Kami agak terperanjat bila dimaklumkan Raja Muda ingin datang ke rumah kami pada mulanya.

“Tapi Alhamdulillah, kami amat bersyukur kerana inilah contoh Raja berjiwa rakyat yang sanggup turun melihat rakyatnya,” katanya.

Asmah kini menjaga ibunya Jaisom Ngah, 82 kini terlantar sakit akibat strok sejak 2013.

Sementara itu, Saimah Jajuli, 70 berkata sumbangan tersebut dapat meringankan beban kos sara hidup khususnya harga keperluan barangan pasaran semakin meningkat kini.

“Bantuan ini dianggap sebagai rahmat bagi saya, terima kasih diucapkan kepada Raja Muda dan penderma lainnya kerana dengan bantuan ini dapatlah ringankan beban kami sedikit sebanyak.

“Bantuan ini bolehlah kami gunakan untuk persiapan Syawal ini dan kegunaan harian kami sekeluarga nanti,” katanya yang juga penerima zakat negeri.

Saimah hadir ditemani adiknya, Normadiah Jarjuli, 58, yang menetap di Kampung Perepat, Klang sejak 30 tahun lalu.

Terdahulu, seramai 102 golongan memerlukan terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan golongan asnaf menerima sumbangan daripada berbentuk barangan keperluan harian, semalam.

Program penyerahan sumbangan itu merupakan gerak kerja daripada Selangor Youth Community membabitkan 15 pelajar Kolej Saito dengan kerjasama Saito Borneo dan wakil penaja, Segi Fresh.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.