Penjawat awam Persekutuan dapat pelepasan 8 Julai

SHAH ALAM 30 JUN: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada Jumaat, 8 Julai kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, dalam satu kenyataan media berkata walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai.

hari-raya-wallpaper-2“Sehubungan ini, orang awam yang merancang mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan mengunjungi Jabatan dan Agensi berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri,” katanya.

Beliau berharap penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi masing-masing.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.