Categories
SELANGOR

Prestasi pelaburan ditahap terbaik, TDI sektor pembuatan jana RM130.7 bilion

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 JUN: Prestasi Selangor ditahap terbaik ketika ini dengan mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu meningkat sebanyak 6.7 peratus kepada RM227 bilion pada 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hasan Azhari Idris, berkata ia sekaligus menyumbang 22.4 peratus kepada KDNK Negara.

Hasan-Azhari-Invest-Selangor“Pada masa ini, Selangor juga mempunyai tenaga kerja seramai 3.2 juta daripada 6.14 juta penduduk dan berpendidikan dalam kalangan orang dewasa adalah sebanyak 98.7 peratus,” katanya di majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Hilton, baru-baru ini.

Hasan berkata sepanjang 16 tahun lalu (1999 hingga 2015), jumlah pelaburan langsung (TDI) dalam sektor pembuatan di Selangor berjumlah RM130.7 bilion.

Manakala, katanya, bagi 2015 sahaja, TDI berjumlah RM7.96 bilion dengan pelaburan asing langsung (FDI) sebanyak RM3.78 bilion dan pelaburan langsung domestik (DDI) pada RM4.18 bilion.

“Bagi tahun sama, Selangor menduduki tempat kedua dalam negara selepas Kuala Lumpur dari segi pelaburan bagi syarikat-syarikat global untuk sektor perkhidmatan sebanyak RM1.6 bilion,” katanya.

BIO BAYPada 18 Mac 2016, Invest Selangor menubuhkan Selangor Bio Council berperanan merancang membangunkan Selangor Bio-Bay di Pulau Indah yang menawarkan persekitaran yang hebat kepada syarikat-syarikat bioteknologi untuk berkembang maju.

Invest Selangor juga berhasrat menjemput pakar-pakar antarabangsa untuk menyokong mereka pada masa akan datang.

Di samping itu, Selangor Halal Hab di Pulau Indah mempunyai ekosistem kondusif menghasilkan produk halal bertaraf dunia di pasaran global.

Prosedur mudah mendapatkan lesen menubuhkan perniagaan halal juga menjadikan Selangor Halal Hub sebagai pilihan ideal untuk syarikat yang serius mahu menembusi industri tersebut.

Tahun ini, acara perniagaan terbesar di negeri ini, Selangor International Expo 2016 akan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober depan.

SIE_logoExpo terbabit menyediakan 700 gerai di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabansga Mines (MIECC) dengan penyertaan beberapa syarikat pelbagai industri tempatan dan negara jiran.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.investselangor.my atau hubungi 03-5510 2005. Untuk pertanyaan mengenai Selangor International Expo 2016 sila layari www.selangorexpo.com atau hubungi Cik Jin Hain di CNN International 03-8949 5441atau emel [email protected] bagi peserta dan pempamer pameran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.