Categories
SELANGOR

MB: “Masjid Kampung Kelang Gates Baru istimewa di hati saya”

OLEH : AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 22 JUN: Masjid Kampung Klang Gates Baru begitu dekat di hati Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan ia antara pusat pendidikan awal membentuk keperibadian diri beliau.

Tanpa berselindung, Mohamed Azmin mengakui penduduk di kampung itu seperti sebuah keluarga besar buatnya memandangkan beliau dibesarkan di sana.

“Masjid ini amat dekat dengan saya kerana salah satu institusi yang sudah membentuk perwatakan dan jati diri saya untuk mendekati Allah SWT. Imam asal, Imam Jashim turut berada bersama dalam masjid ini.

IMAG0113“Kita lihat masyarakat kampung ini bersatu padu sejak awal dan memainkan peranan untuk menyatukan umat Islam serta membentuk jati diri masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Kampung Kelang Gates Baru, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin gembira dengan pembangunan positif yang dirasakan di Kampung Kelang Gates yang kini begitu hampir dengan bandar Kuala Lumpur.

Berbicara berkenaan iftar bersama keluarga, Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa itu mengakui hanya sempat meluangkan masa berbuka bersama ibunya, pada 1 Ramadan lalu.

“Setakat ini, baru sekali saya sempat menunaikan solat sunat terawih di sini kerana kesibukan tugas.

“Sudah menjadi amalan buat saya untuk berbuka bersama ibu pada 1 Ramadan setiap tahun sebelum menunaikan solat Isyak dan terawih, di sini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.