Categories
SELANGOR

Puasa, PRK, Euro Cup 2016 buatkan pemilik restoran dapat ‘bonus awal’

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 18 JUN: Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Euro Cup UEFA 2016 yang berlangsung ketika umat Islam mengerjakan ibadah puasa kali ini menyebabkan pemilik restoran di Sungai Besar mendapat ‘bonus raya’ masing-masing lebih awal.

Tinjauan SelangorKini pada malam akhir kempen, beberapa restoran mamak diserbu pelanggan yang bersahur sambil menonton perlawanan bola sepak walaupun jam sudah menunjukkan jam 3.15 pagi.

20160618_031204Antara perlawanan tumpuan awal pagi tadi membabitkan juara bertahan, Sepanyol menentang Turki yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Lebih menarik lagi, keadaan ini memberi peluang kepada petugas parti, anggota keselamatan, petugas media dan lain-lain meredakan tekanan selepas kepenatan menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Menurut pekerja sebuah restoran yang dikunjungi SelangorKini, keadaan ini berterusan sehinggalah masuk waktu imsak.

“Mereka tengok bola sambil makan sahur sampailah dekat subuh masih ada orang.

“Tauke memang suka tetapi saya kerja memang penat berdiri sepanjang malam layan pelanggan.

“Nasib baik ini malam akhir. Kalau satu bulan macam ini, matilah saya,” seloroh seorang pekerja sebuah restoran mamak kepada SelangorKini.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter baru-baru ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.