Categories
SELANGOR

100 terpilih terima #SmartSelangor Food Stamp DUN Sementa

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM 18 JUN: Seramai 100 daripada DUN Sementa terpilih sebagai kumpulan pertama menerima bantuan #SmartSelangor Food Stamp semalam.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia bertujuan membantu mengurangkan beban keluarga kurang berkemampuan.

SELANGOR FOOD STAMP (1)Katanya, usaha itu juga diharap melenyapkan cerita keluarga yang menahan lapar akibat tiada makanan.

“Alhamdulillah, walaupun tidak dizahirkan dengan kata-kata, senyuman mereka cukup memperlihatkan kegembiraan.

“Ini menunjukkan penghargaan mereka atas kepedulian yang ditunjukkan Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Dato’ Mohamed Azmin Ali,” katanya dalam kenyataan.

Pada 7 Jun lalu, Daroyah mengumumkan Jumaat minggu ketiga setiap bulan dipilih sebagai Hari ‘Smart Selangor Food Stamp’ bermula 17 Jun (semalam).

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2016, Mohamed Azmin mengumumkan sejumlah RM3 juta bagi menjayakan ‘Smart Selangor Food Stamp’.

Seramai 5,600 keluarga termiskin di Selangor dijangka menerima manfaat program ini, bersamaan 100 orang bagi setiap DUN di Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.