Categories
SELANGOR

RM10,000 kukuh peranan Surau Saiyidah Zainab Klang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 JUN: Bantuan RM10,000 kepada Surau Saiyidah Zainab, Selat Klang diharap mampu mengukuhkan peranan pusat ibadat itu ke arah pembentukan negeri harmoni.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata inisiatif terbabit adalah usaha pihaknya dalam memastikan peranan pusat ibadat berfungsi sebaiknya.

a45bd0fd-80e7-425d-a518-e0eda18a6c48“Institusi ini perlu dijadikan sebagai salah satu tempat baik sekali gus berperanan mengajak semua ahli kariah surau dan masjid seluruh negeri mengimarahkannya.

“Pelaksanaannya selaras misi terkandung di dalam Surah Saba’ayat 15 yang memperincikan “Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur” bermaksud negeri diampuni serta mendapat rahmat dari Illahi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan sumbangan di surau berkenaan, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Surau Saiyidah Zainab, Azmi Abd Talib, Pegawai Khas ADN Selat Klang, Kamalddin Rahmat, Pengerusi JKKK Kampung Delek, Shamsul Bahari dan penduduk setempat.

Pada majlis itu, Halimah turut menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa 1 kepada dua waris penerima berdaftar.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada gerak kerja DUN Selat Kla dengan mengadakan lawatan ke surau dan masjid sepanjang Ramadan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.