Categories
SELANGOR

Selangor catat pelaburan sektor pembuatan RM7.96 bilion

OLEH : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 JUN: Selangor terus cemerlang menarik minat pelabur asing dalam pelbagai sektor, berdasarkan statistik dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Selangor mencatatkan kedudukan di tangga kedua dalam pelaburan sektor perkhidmatan dengan nilai pelaburan RM2.36 bilion.

Selangor majuKatanya, Selangor juga berjaya menduduki tempat ketiga dalam pelaburan sektor pembuatan dengan jumlah pelaburan bernilai RM7.96 bilion.

“Lawatan kerja bersama Invest Selangor ke Jepun bulan lalu menarik Toyota Motor Corp untuk membawa masuk pelaburan baru bernilai RM2 bilion bagi membina kilang di Bukit Raja, Klang.

“Ini merupakan pelaburan terbesar UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengeluarkan 50,000 unit kereta setahun bagi permintaan global,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK hari ini.

Himpunan Bulanan Penjawat Awam host MBSA MB Azmin Bonus (ASRI) (5)Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, Yusen Logistics Company Limited menerusi Tasco Berhad pula akan membangunkan kemudahan gudang bertingkat di Seksyen 22, Shah Alam dan di Westport, Pelabuhan Klang dengan pelaburan sebanyak RM 400 juta.

“Sony Corporation akan membangunkan sebuah Pusat R&D di Bangi untuk menempatkan lebih 700 jurutera dan tenaga kerja profesional dengan jumlah pelaburan awal sebanyak RM 40 juta,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.