Categories
SELANGOR

Selangor tertinggi kes kanak-kanak hilang

SHAH ALAM 4 JUN: Selangor mencatatkan paling banyak kes kanak-kanak hilang bawah 18 tahun mengikut statistik dengan sejumlah 285 kes pada tahun lepas.

Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merekodkan secara keseluruhan sebanyak 567 kes kanak-kanak di bawah 18 tahun hilang sejak awal Januari sehingga 31 Mei lepas.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan JSJ Bukit Aman, Datuk Law Hong Soon, berkata daripada jumlah itu, 374 kanak-kanak berjaya ditemui semula.

Daripada jumlah sama (567), dilaporkan sebanyak 193 lagi kanak-kanak di seluruh negara masih hilang dan kini sedang dikesan polis.

Kes kanak-kanak hilang bawah 18 tahun mengikut statistik dengan pada tahun lepas adalah Johor (264 kes), Kedah (234 kes) dan Kuala Lumpur (175 kes).

Beliau berkata kebanyakan kes kanak-kanak hilang dilaporkan berpunca masalah keluarga, ingin mencari kebebasan dan lari ikut kekasih serta kawan.

“Kebanyakan kanak-kanak yang hilang berumur antara lingkungan 12 dan 18 tahun setiap tahun,” katanya dipetik BERNAMA.

Law berkata bagi menangani masalah ini, polis bercadang untuk menggunakan teknologi ‘Face Recognition System’ bagi mengesan kanak-kanak hilang, tetapi perkara berkenaan masih berada di peringkat perbincangan lagi.

Portal Kanak-Kanak Hilang dilancarkan pada 8 Julai lepas oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Portal itu menyediakan platform masyarakat menyemak dan menyalurkan maklumat tentang kanak-kanak hilang di bawah umur 18 tahun secara terus dalam talian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.