Categories
SELANGOR

Peluang orang beramal kempen dana Ramadan Iftar Kubra

JERAM 4 JUN : Sekolah Menengah Islam (SMI) dan Maahad Tahfiz al-Quran (MTQ) Hira’ Jeram membuka peluang untuk orang ramai beramal jariah melalui kempen dana Ramadan sempena Iftar Kubra pada 1 Julai ini.

Pengetuanya, Bat Kamaruzzaman Abd Kadir berkata, pihaknya menyasarkan jualan 2,000 dulang makanan dengan nilai RM100 setiap satu bagi menampung Tabung Derma Kebajikan dan Pembangunan SMI dan MTQ Hira’.

RAMADANMenurutnya, inisiatif ini diambil bagi membantu pihak sekolah membangunkan prasarana dengan sumbangan orang ramai dan hasil jualan dulang makanan dengan menu nasi Arab.

“Pendekatan sempena Ramadan ini diambil bagi memberi peluang kepada badan korporat dan orang ramai yang ingin beramal jariah dan pihak sekolah turut menerima sebarang bentuk infak seperti wakaf, derma, fidyah dan lain-lain.

“Untuk program Iftar Kubra, ia terbuka kepada semua dan setakat ini, 70 dulang baru terjual dan kami menggerakkan usaha dengan lebih agresif supaya sasaran dapat dicapai,” katanya dipetik Sinar Harian.

Bat Kamaruzzaman berkata, Iftar Kubra ini dijangka akan disempurnakan Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro dan takzirah Ramadan akan disempurnakan Naqib Usrah Nurani IKIM.Fm, Zul Ramli M Razali.

“Sumbangan dan hasil jualan dulang makanan ini akan dimanfaatkan untuk tujuan pemasangan bumbung tambahan di Dataran Qurtubi dan pembinaan Dataran Aspura. Pihak sekolah juga rancang untuk wujudkan kios Kelab Usahawan Muda, dana keceriaan asrama, pembinaan pintu gerbang selain tabung kebajikan untuk guru dan kakitangan.

“Orang ramai boleh hubungi Zaifah Abdul Kadir di talian 014-8183978 atau layari laman web iftarkubrahira.blogspot.my untuk dapatkan maklumat lanjut.

“Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Institusi Pendidikan Hira’ dan Kelab Usahawan Muda ini akan memanfaatkan setiap sen dana sumbangan untuk pembangunan sekolah secara berterusan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang dana dan pembelian dulang makanan boleh menyalurkan ke dalam akaun CIMB 8600511170 atas nama Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Bank Islam 12010010052948 atas nama Maahad Tahfiz al-Quran Hira’.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.