Categories
SELANGOR

Shah Alam On Wheel ke Seksyen 18 Jun ini

OLEH: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 JUN: Lokasi Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan berubah ke Pasaraya Giant Seksyen 18, di sini bermula minggu ketiga iaitu 18 Jun ini.

MBSA menerusi laman facebooknya, berkata waktu pengoperasian pejabat bergerak ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 3.00 petang.

saowPejabat Bergerak Shah Alam On Wheel itu akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya.

Orang Kena Kompaun (OKK) juga berpeluang melangsaikan kompaun dengan diskaun sebanyak 50 peratus hingga 5 Julai sahaja.

Melalui perkhidmatan ini, pihak Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.