Categories
SELANGOR

Sultan rasmi Masjid Dato’ Haji Kamaruddin Seksyen 51A Petaling Jaya

OLEH : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 26 JUN: DYMM Sultan Selangor DYMM, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 300 asnaf dan fakir miskin serta 120 orang mualaf.

Baginda turut berkenan merasmikan Masjid Dato’ Haji Kamaruddin Seksyen 51A, Petaling Jaya sekaligus mengekalkan nama masjid terbabit.

Baginda bertitah pengekalan nama masjid itu bagi mengingati jasa baik, sumbangan dan peranan Allahyarham Kamaruddin dalam pembangunan islam kawasan terbabit.

CP2A8670-800x533Titah baginda pengasas masjid itu, Dato’ Kamaruddin merupakan anak penghulu pertama daerah Petaling dan salah seorang pentadbir awam Melayu yang dilantik oleh Kerajaan British.

“Pada 1946, apabila Kerajaan British menubuhkan Malayan Union, Allahyarham terbabit dengan bantahan itu.

“Ekoran itu, beliau ditukarkan ke Pejabat Pesuruhjaya Tanah Daerah Besut kerana lantang membuat petisyen protes orang melayu menentang penubuhan Malayan Union di Kampung Baru,” titah Baginda Sultan.

Allahyarham juga dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Kerajaan Terengganu dan seterusnya menjadi Menteri Besar Terengganu.

Allahyarham meninggal dunia pada 1993 juga abang kepada Bekas Menteri Besar Selangor ke lapan, Allahyarham Dato’ Harun Idris.

Pegawai Daerah Petaling, Dato’ Mohd Misri Idris berkata, masjid terbabit dibiayai oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM9.2 juta.

“Kerja pembinaan dimulakan pada Ogos 2012 dan siap sepenuhnya pada April 2015.

“Alhamdulillah dengan berkat usaha gigih lebih 20 tahun akhirnya penduduk sekitar mendapat masjid bagi kegunaan penduduk,” katanya dalam ucapan di Majlis Perasmian Masjid dan Sumbang Har Raya, semalam.

Misri berkata masjid terbabit dapat memuatkan seramai 1,500 jemaah pada sesuatu masa.

Beliau menyarankan pihak jawatankuasa masjid perlu melaksanakan program bermanfaat kepada penduduk sekitar sekaligus menjadikan masjid itu sebagai ‘Pusat Setempat’.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.