Categories
SELANGOR

Sultan Selangor: Masjid tak benar unsur politik, penceramah tak bertauliah

OLEH : SYASYA SUFIAN

CYBERJAYA, 23 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan pihak masjid tidak membenarkan sebarang unsur politik atau memanggil penceramah, pendakwah dan khatib yang tidak bertauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Baginda bertitah, penceramah dari luar negara juga tidak dibenarkan menyampaikan ceramah di masjid di Selangor kecuali Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang.

“Beta menyeru seluruh umat Islam di kawasan ini memanfaatkan kemudahan yang ada di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah dan bersama menjaga kebersihannya.

CP2A7680-800x533“Beta juga mengajak umat Islam menjadikan masjid ini sebagai tempat kondusif mengeratkan hubungan persaudaraan dan tempat ibadah seperti beriktikaf, mencari ilmu, ketenangan, muhasabah diri, aman dan selesa untuk melakukan ibadah,” titah baginda.

Baginda bertitah ketika Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Raja Haji Fi Sabilillah sempena Sambutan Nuzul Quran Peringkat Selangor, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata Masjid Fi Sabilillah yang bercirikan teknologi hijau turut menitikberatkan penggunaan pencahayaan dan pengudaraan yang maksima.

“Masjid ini menepati piawaian bangunan hijau (GBI) dan dianugerahkan GBI bertaraf platinum.

“Masjid ini juga pertama di Malaysia yang menggunakan sistem solar bagi menjana tenaga elektrik,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.