Categories
SELANGOR

Sultan Selangor: Masjid tak benar unsur politik, penceramah tak bertauliah

OLEH : SYASYA SUFIAN

CYBERJAYA, 23 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan pihak masjid tidak membenarkan sebarang unsur politik atau memanggil penceramah, pendakwah dan khatib yang tidak bertauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Baginda bertitah, penceramah dari luar negara juga tidak dibenarkan menyampaikan ceramah di masjid di Selangor kecuali Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang.

“Beta menyeru seluruh umat Islam di kawasan ini memanfaatkan kemudahan yang ada di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah dan bersama menjaga kebersihannya.

CP2A7680-800x533“Beta juga mengajak umat Islam menjadikan masjid ini sebagai tempat kondusif mengeratkan hubungan persaudaraan dan tempat ibadah seperti beriktikaf, mencari ilmu, ketenangan, muhasabah diri, aman dan selesa untuk melakukan ibadah,” titah baginda.

Baginda bertitah ketika Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Raja Haji Fi Sabilillah sempena Sambutan Nuzul Quran Peringkat Selangor, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata Masjid Fi Sabilillah yang bercirikan teknologi hijau turut menitikberatkan penggunaan pencahayaan dan pengudaraan yang maksima.

“Masjid ini menepati piawaian bangunan hijau (GBI) dan dianugerahkan GBI bertaraf platinum.

“Masjid ini juga pertama di Malaysia yang menggunakan sistem solar bagi menjana tenaga elektrik,” katanya.

-NFN-

Asal bukan ajaran sesat, bebas ceramah di Selangor


Tiada halangan penceramah dan cendekiawan agama dari luar berdakwah di Selangor.

Categories
NASIONAL

Hairie Othman Saran Zed Zaidi Tidak Terikut Budaya Fitnah Umno

SHAH ALAM, 14 SEPT: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN sehingga sanggup memfitnah rakan seni.

Ingatan tersebut dibuat oleh pelakon terkenal, Hairie Othman ketika mengulas dakwaan yang dilemparkan oleh Zed seperti yang dilaporkan portal, ‘mStar On Line hari ini.

Dalam laporan tersebut, Zed mendakwa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh sebuah parti bagi memburukkan kerajaan.

Zed juga dilaporkan berkata golongan artis di negara ini tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sukarela sebaliknya melaksanakan sesuatu apabila terdapat imbuhan disebaliknya.

Menafikan kenyataan itu,  Hairie menyifatkan Zed seperti ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’ apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.

“Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.

“Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma,”  kata Hairie yang terkenal dengan watak  ‘Leftenan Adnan’ kepada TVS hari ini.

Selain Hairie, kenyataan tersebut juga tidak disenangi beberapa rakan artis lain termasuk golongan artis yang menyertai Umno kerana memberi persepsi buruk terhadap keputusan mereka memilih Umno yang dikenali sebagai sebuah parti memiliki sumber kewangan besar.

Hairie juga berkata, Zed harus bersikap lebih terbuka dan lebih matang terhadap pendirian mana-mana artis untuk menyokong mana-mana parti politik yang disukai mereka.

“Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah?

“Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman,” ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pelakon terkenal, Abby Abadi ketika dihubungi TVS berkata, tiada siapa yang boleh menidakkan rezeki yang diturunkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

“Sedikit atau banyak atau saya tak dapat langsung, itu antara saya dengan Allah dan lebih penting lagi hanya Allah akan menilai keikhlasan saya.

“Dia tak perlu nak pertikaikan dengan pelbagai dakwaan kerana memberi persepsi buruk kepada golongan yang mahu menyampaikan agama Allah,” kata Abby lagi.