Categories
SELANGOR

Terus bersederhana, jimat belanja bonus raya – MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 JUN : Pengumuman tiga insentif Kerajaan Negeri kepada penjawat awam di seluruh negeri mendapat perhatian masyarakat di media sosial.

Rata-rata, pengguna media sosial di Facebook dan Twitter memuji inisiatif Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam menghargai sumbangan penjawat awam Selangor.

Azmin RakyatBagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, pemberian bonus itu sewajarnya digunakan dengan bijak dan sebaik mungkin menjelang musim perayaan ini.

“Perlu sentiasa bersederhana dan berjimat dalam perbelanjaan,” katanya di Twitter.

Mohamed Azmin membuat catatan itu sebagai respon kepada pengguna Twitter @BujangSenandung dan @Najeehaghafar.

Terdahulu, Mohamed Azmin pada Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK mengumumkan tiga insentif untuk kakitangan awam Kerajaan Negeri.

Ia meliputi bantuan khas sempena raya sebanyak sebulan setengah gaji, dua kenaikan gaji iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas dan menaikkan imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripada RM180 kepada RM300.

Seramai 17,528 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan itu pada 1 Julai ini melibatkan peruntukan RM45.6 juta.

Sementara RM6.38 juta diperuntukan bagi kenaikan gaji pertama 1 Julai ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.