Categories
SELANGOR

Cub Prix bersambung ke Teluk Intan

SHAH ALAM 25 JULAI : Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kembali ke Teluk Intan, Perak, daerah terkenal dengan bangunan ikonik menara condong, 11 bulan selepas insiden hujan lebat dan ribut yang melanda sehingga perlumbaan terpaksa dibatalkan pada musim 2015 pada 30 dan 31 Julai ini.

Selepas berehat sepanjang Ramadan dan sambutan hari raya Aidil Fitri, kerancakan saingan kini kembali apabila pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor dijangkakan meneruskan dominasi di dalam kelas CP130.

Gandingan juara dua kali kelas perdana, Ahmad Fazli Sham dan pelumba muda sensasi, Kasma Daniel Kasmayudin kini 30 mata mendahului kedudukan keseluruhan pelumba.

kasmavsfazli-02Manakala dalam kelas CP115, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffiruddin menguasai kedudukan dengan kelebihan 19 mata berbanding pencabar di kedudukan kedua.

“Teluk Intan merupakan antara lokasi yang popular dikalangan peminat Cub Prix kerana merupakan satu-satunya perlumbaan yang dijalankan di tengah bandar.

“Malangnya, perlumbaan akhir musim lepas terpaksa dibatalkan disebabkan kejadian ribut dan mujurlah kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan.

“Tahun ini pasukan, pelumba dan pihak penganjur berharap cuaca yang baik sewaktu perlumbaan,” jelas Ketua Operasi Cub Prix, Shafry Azizan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.