Categories
NASIONAL

Euro 2016: Jerman singkir Itali ke separuh akhir

OLEH : AFIX REDZUAN

PARIS, 3 JUL: Jerman menempah tiket ke peringkat separuh akhir selepas berjaya mengekang kebangkitan Itali hasil kemenangan menerusi sepakan penalti 6-5.

Perembungan dua pasukan gergasi Eropah ini menyaksikan mereka terikat 1-1 selepas 120 minit permainan cukup sengit sehingga memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Manuel Neuer muncul wira Die Mannschaft apabila berjaya menyelamatkan empat daripada sembilan sepakan penalti Azzuri bagi merebut slot ke separuh akhir.

Sebelum itu dalam aksi 90 minit permainan, German terlebih dahulu hampir di depan pada minit ke-27 menerusi tandukan pemain gantian Bastian Schweinsteiger namun gol itu dibatalkan pengadil kerana beliau menolak Mattia De Sciglio.

Schweinsteiger masuk pada minit ke-16 bagi menggantikan Sami Khedira yang mengalami kecederaan.

Gol dinantikan hanya muncul pada babak kedua hasil percubaan Mesut Ozil berjaya meletakkan Jerman di depan pada minit ke-65 apabila berjaya menampan masuk hantaran Jonas Hector ke dalam kotak penalti.

Mario Gomez hampir melebarkan jaringan buat Jerman pada minit ke-68 namun ketangkasan penjaga gol berpengalaman, Gianlugi Buffon yang berjaya menepis bola keluar menyelamatkan seketika peluang Itali.

Usaha Italy mencari gol penyamaan akhirnya berhasil apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Jerman, Jerome Boateng menampan bola tandukan ke belakang Giorgio Chiellini menggunakan tangan.

Leonardo Bonucci berjaya menempurnakan sepakan tepat ke penjuru bawah sebelah kanan gawang Jerman pada minit ke-78 meskipun penjaga gol Manuel Neuer merebahkan badan ke arah sama.

Kedua-dua pasukan buntu untuk menambah jaringan pada masa tambahan hingga memaksa ia ditentukan menerusi sepakan penalti.

Jerman kini menanti pemenang antara Perancis dan Iceland yang bakal beraksi awal pagi esok bagi merebut tempat ke perlawanan akhir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.