Categories
SELANGOR

Gangsa milik Unisel di kejohanan ‘Asean University Games’

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 JULAI: Pelajar Universiti Selangor (Unisel) berjaya membawa pulang pingat gangsa acara ‘Ping Pong’kategori lelaki berpasukan dalam kejohanan ‘Asean University Games’ ke-18, di Singapura,baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hasan, berkata pelajar itu adalah Mohammad Hashri Fikri Mohamad Taufik, 20, jurusan Diploma Pengurusan Industri Sukan di Kampus Shah Alam.

“Beliau adalah pelajar yang mempunyai perwatakan positif selama ini terutama apabila diberi amanah besar membawa nama negara.

13669642_1128740050535288_3619364431390383050_n“Kejohanan disertai beliau adalah lokasi himpunan atlet dan profesional dari universiti seluruh Asean bagi menunjukkan kebolehan mereka secara spesifik menerusi 16 acara sukan dipertandingkan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Mohammad Hashri juga dianugerahkan plak, sijil serta wang bagi menghargai kejayaan beliau yang disempurnakan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Hadir sama, Presiden dan Naib Canselor Unisel, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman serta pengurusan tertinggi lain.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.