Categories
SELANGOR

Kisah sebenar viral nenek tinggal di pondok usang

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 JULAI: Kisah ‘viral’ seorang Nenek dan Makcik yang menumpang teduh di pondok usang kononnya dihalau oleh anak-anaknya merupakan maklumat tidak sahih disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Setiausaha JKKK Batu 17 Dusun Tua, Saupi Azran Muhamad Tamjis, menjelaskan Azizah Othman merupakan ibu tunggal dan beliau tidak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai anak, tetapi beliau mempunyai seorang adik yang duduk tidak jauh darinya.

“Umumnya penduduk di Kampung Batu 17 Dusun tua ini mengetahui beliau dikategorikan sebagai orang kurang upaya yang mengalami masalah mental. Maka dengan sebab masalah ini sudah tentu maklumat diceritakan kepada penyebar maklumat di Facebook itu belum boleh dijamin kesahihannya.

“Makcik Azizah memiliki rumah sendiri anggaran 100 meter dari jalan utama dan kawasan bukit serta dikelilingi pokok dan tidak dinafikan rumah beliau agak uzur, namun setelah mendapat perhatian Pengerusi JKKK dan dibuat permohonan serta aduan kemudiannya rumah beliau bertambah elok,” katanya dalam kenyataan

Selain itu, katanya, pelbagai inisiatif bantuan dilaksanakannya secara khusus bagi membantu Azizah antaranya mendaftarkannya kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

13716203_1252020614822270_7674859748113442536_n“Untuk makluman, bantuan Zakat diterima sejak sebelum saya mula menjadi Setiausaha JKKK Batu 17 Dusun Tua pada tahun 2008 lagi.

“Selain itu, bantuan lain seperti menggantikan kelengkapan dalam rumah, membersih dalam dan di luar kawasan rumah dan menaik taraf kemudahan rumah, membeli perabot seperti almari, menaik taraf bilik air rumah, membaiki paip air rumah juga telah dilaksanakan pihak JKKK Batu 17,” katanya.

Tambahnya lagi, kisah makcik Azizah sudah dijangka menjadi viral apabila tiba-tiba beliau mendiami pondok digunakan untuk menjual durian milik penduduk kampung sedangkan beliau mempunyai rumah.

13731469_1252019674822364_5873797663812373228_n“Pengerusi JKKK Batu 17 telahpun meminta Makcik Azizah kembali semula ke rumah namun beliau berdegil dan memberi alasan seorang lagi adiknya datang menumpang dirumahnya sedangkan adiknya menumpang di rumah saudaranya Azlina Ariffin.”

“Diharap maklumat dan fakta yang tepat ini dapat mencerahkan beberapa kekeliruan timbul dalam posting yang di’Viral’kan tanpa menyentuh sensitiviti pemimpin dan ahli jawatankuasa kampung serta surau, jiran tetangga dan penduduk kampung,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.