Categories
SELANGOR

Operasi Ponteng Sekolah: 91 pelajar ditahan, pusat siber jadi lokasi

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 25 JULAI: Seramai 91 pelajar ditahan dalam Operasi Ponteng Sekolah Klang Utara yang diadakan baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz, berkata kebanyakkan ditahan menjadikan pusat siber sebagai lokasi ponteng sekolah dengan menggunakan taktik menyembunyikan pakaian sekolah di dalam beg masing-masing.

image (15)“MPK sentiasa memberi sokongan pada mana-mana pihak yang ingin mengadakan operasi seperti khususnya di daerah Klang dalam memastikan pelajar tidak terjebak aktiviti tidak sihat.

“Selain daripada itu, MPK juga giat menjalankan operasi pusat siber bagi memastikan tiada pemilik melanggar peraturan membenarkan pelajar masuk ke dalam premis pada waktu persekolahan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Norfiza menasihatkan ibu bapa peka dengan anak-anak termasuk kawan mereka bagi mengelak terjerumus kegiatan tidak sihat.

“Kerjasama masyarakat dialu-alukan menangani kes ini bagi memastikan golongan muda tidak terjebak gejala tidak sihat,” katanya.

Operasi diketuai oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu turut disertai polis, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), MPK dan wakil pihak sekolah terbabit.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.