Categories
SELANGOR

Red Giants umum barisan pemain baru 10 Julai ini

SHAH ALAM, 8 JULAI: The Red Giants bakal mengumumkan barisan pemain Liga Super Selangor baru, pada 10 Julai, jam 10 malam di Gastro@20, Seksyen 20 Shah Alam.

yb amir markshort-web 7Pengurus Pasukan, Amirudin Shari, berkata skuad itu sudah membuat beberapa rombakan pada pasukan bagi menghadapi pusingan kedua Liga Super dan permulaan Piala Malaysia yang akan berlangsung.

“Turut berlangsung adalah ‘Big Screen Final Euro 2016’ anjuran Jabatan Pembangunan Belia Negeri Selangor.

“Ruang menonton dan makanan serta minuman untuk rakan-rakan media turut disediakan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kedudukan liga, pasukan Selangor ketika ini menduduki tangga ketiga dengan 22 mata di belakang Johor Darul Ta’zim (30) dan Felda United (28).

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.