Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Rumah Terbuka Selangor guna biodegrable bukan polisterin

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 JULAI: Dakwaan kononnya terdapat penggunaan bekas makanan polisterin pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor tidak benar, sebaliknya Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM50,000 untuk membekalkan bekas makanan ‘biodegrable’ kepada semua gerai penyedia makanan pada majlis itu.

Exco Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata beliau turut menghantar pegawainya meninjau gerai yang ada secara sulit selepas mendengar dakwaan yang ditimbulkan sesetengah media yang menghadiri majlis itu.

IMG-20160714-WA0003“Tidak benar dakwaan itu. Saya hantar pegawai semak di setiap gerai secara diam-diam sebaik media tanya dan didapati semua gerai tidak menggunakan polisterin.

“Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan RM50,000 bagi membekal puluhan ribu bekas makanan biodegradable dan tentunya menghairankan jika ada orang sengaja mahu bawa polisterin pula,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.

Katanya, bekas makanan polisterin memiliki sifat sama seperti plastik iaitu tidak terurai, sekali gus tidak mesra alam sekitar berbanding bekas makanan biodegradable pula lebih mesra alam ekoran sifatnya yang mudah terurai.

Katanya, kekeliruan itu mungkin timbul ekoran kurang pengetahuan membezakan bekas makanan polisterin dan biodegrable yang kelihatan seakan-akan serupa.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.