Categories
SELANGOR

Sabak Bernam kekal pengeluaran padi tertinggi negara

OLEH: LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 1 JUL: Sabak Bernam terus unggul sebagai daerah pengeluar hasil padi mengikut tan metrik tertinggi di negara ini.

Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Khairuddin Md Som, berkata Sekinchan sahaja mampu menghasilkan sehingga 13 tan metrik padi sehektar dengan gred bermutu tinggi.

KHAIRUDDIN MD SOMKatanya, ia adalah tinggi dibandingkan dengan 4.5 tan sehektar bagi kadar purata penghasilan padi di seluruh negara.

“Selangor bukanlah negeri pengeluar padi terbesar negara jika dilihat dari keluasan kawasan penanaman padi.

“Namun, Selangor menghasilkan pengeluaran padi tertinggi dengan purata 6.15 tan metrik semusim,” katanya baru-baru ini.

Sabak Bernam mempunyai keluasan 14,099 hektar kawasan penanaman padi bersamaan 71 peratus daripada keseluruhan tanaman padi Selangor.

PADIKhairuddin berkata, kedudukan itu memberi peluang kepada penduduk setempat memperoleh sumber pendapatan baik.

“Hasil perolehan petani juga diharapkan mampu melonjakkan ekonomi negeri termaju Malaysia ini,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.