Categories
SELANGOR

Sambutan Aidilftri peringkat Selangor medan jalin ukhwah

OLEH NORHAYATI UMOR

HULU KELANG, 9 JULAI: Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri yang berlangsung hari ini disifatkan manifestasi kepada semangat litaarafu serta saling kenal mengenal seperti dianjurkan Al-Quran.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sambutan Aidilftri dihadiri puluhan ribu pelbagai lapisan masyarakat itu adalah cerminan kesatuan ukhwah dan mahabbah rakyat.

FB_IMG_1468046129052“Justeru, kita beraya dengan mensyukuri limpah kurnia Ilahi,” katanya pada majlis itu.

Mohamed Azmin berkata, semua rakyat yang bernaung di bawah payung kebesaran DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah bersaudara dan mendapat perlindungan Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks Malaysia, sambutan Aidilfitri adalah masa untuk semua kaum dan budaya berbeza menyertai perayaan dengan semangat muhibah dan perpaduan.

Beliau berkata, Selangor turut memberi tumpuan kepada banyak perkara yang mempunyai persamaan dan bukannya taksub dengan perbezaan.

“Prinsip yang membimbing tadbir urus kami adalah kesederhanaan dan keadilan untuk semua serta saling menghormati dan bertoleransi,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.