Categories
SELANGOR

Sukma 2016: Kejohanan terakhir bakar semangat Eli Ellina

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 30 JULAI: Gimnas Selangor, Nur Eli Ellina Azmi, beraksi cemerlang bagi meraih emas gimnastik dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, di sini, hari ini.

Atlet kebangsaan itu mengungguli acara senam lantai dengan mata 13.0 menewaskan peserta Wilayah Persekutuan, RJ Lavinia Michelle (12.175) (perak) dan atlet Sarawak, Audrey Jude Rendih Anak Alexander (12.025) (gangsa).

“Saya berusaha gigih untuk menang kerana ini adalah penyertaan terakhir dalam Sukma.

elly 2- markshort“Dengan persiapan dan latihan disertai, saya berpuas hati akan pencapaian ini,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Gadis berusia 21 tahun ini turut memenangi dua gangsa dalam acara batang titian dan berpasukan wanita.

Katanya, selepas berakhir Sukma, beliau akan memberi tumpuan terhadap latihan kebangsaan di mana akan terbabit dalam persiapan menyertai beberapa kejohanan antarabangsa.

“Antara sasaran saya ialah untuk menyertai Sukan Sea tahun depan serta yang lain seperti Terbuka Kebangsaan dan yang lain,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.