Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

SUKMA 2016: Savinder Kaur raih emas 800 meter wanita

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 27 JULAI: Pelari Selangor, Savinder Kaur mengatasi cabaran lawan untuk merangkul emas 800 meter wanita akhir Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Stadium Sarawak, di sini, hari ini.

Atlet kebangsaan itu mencatat masa 2:13.77 saat meninggalkan pelari Kedah, Teoh Kim Chyi (perak) dan pelari tuan rumah, Sarawak, Faradilah Raznie (gangsa).

“Saya bangga kerana sebelum ini tidak dapat mewakili Selangor ke Sukma 2014 kerana cedera.

SUKMA SELANGOR“Peluang ini saya gunakan sepenuhnya untuk mendapatkan pingat emas,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau memang berkeyakinan untuk memenangi acara itu dan tidak meletakkan sasaran untuk mencatat masa terbaik.

Tumpuan selepas ini bagi Savinder ialah pada acara 1,500 meter pada 29 Julai ini dan sangat berharap untuk meraih emas kedua.

“Kemenangan dalam acara 800 meter ini menguatkan azam untuk menang 1,500 meter pula.

“Walaupun peluang 50:50 tetapi saya akan cuba yang terbaik,” katanya yang akan kembali menyertai skuad kebangsaan selepas ini.

Savinder akan terbabit dalam Kejohanan Terbuka Malaysia, September ini dan beberapa pertandingan lain selain kelayakan ke Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.