Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tiada signifikan PRN Pulau Pinang, Kerajaan Negeri terima sokongan Melayu

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 JULAI: Tiada sebarang keperluan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang diadakan susulan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar, berkata cadangan terbabit bukan memberi gambaran sebenar terhadap sokongan rakyat negeri itu terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

Sebaliknya, beliau berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah gabungan Pakatan tetap utuh melibatkan sokongan semua kaum terutama kaum Melayu.

“Untuk apa diadakan PRN? Kerajaan Pulau Pinang tidak tergugat dan rakyat masih berdiri di belakang.

Jambatan-Pulau-Pinang-Lim-Guan-Eng“Dalam DUN hari ini DAP masih mempunyai 19 kerusi, manakala KEADILAN 10 kerusi. BN pula hanya 9 kerusi sementara PAS 1 kerusi. Kerajaan masih kekal menguasai majoriti 2/3,” katanya.

Beliau berkata, walaupun wujudnya anasir negatif membabitkan sokongan masyarakat Melayu seperti didakwa Umno dan perkara itu hanya bersifat retorik bertujuan memecahbelahkan sokongan kaum itu.

Membidas dakwaan itu, Sayuti mengaitkan kejayaan pentadbiran Guan Eng yang terus konsisten memastikan kebajikan kaum Melayu terpelihara.

“Orang Melayu Pulau Pinang menyenangi Guan Eng. Beliau tidak ‘kupik’ dalam membelanjakan wang untuk pembangunan Islam di negeri itu.

“Inilah denak dan umpan Guan Eng kepada orang Melayu yang liberal. Penerimaan rakyat (Melayu) ini menyebabkan pelan Umno untuk merosakkan imej Guan Eng tidak berjaya.

Sebelum ini, pergerakan Pemuda Umno mendakwa komponen Barisan Nasional itu memberi tumpuan penuh kepada 15 kerusi Melayu di Pulau Pinang jika Kerajaan Negeri memutuskan untuk mengadakan pilihan raya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.