Categories
SELANGOR

SUKMA 2016: Trio penembak lelaki Selangor cipta mata terbaik raih emas

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 28 JULAI: Trio penembak Selangor memberi persembahan terbaik untuk memenangi emas 50 meter rifle prone lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Pusat Menembak Sarawak, Petra Jaya, di sini, semalam.

Muhammad Afiq Fakhri Azmen, Muhammad Syukri Zulkifli dan Muhammad Hafiz Zulkifli mencipta catatan terbaik peribadi dengan mata 1748.0 untuk mengungguli acara berkenaan.

“Alhamdulillah kita berjaya mendapat mata tersendiri bagi melayakkan pasukan mendapat emas.

“Biarpun menghadapi keadaan angin kuat namun kita yakin menang berdasarkan prestasi masing-masing serta latihan dijalani,” kata Muhammad Afiq kepada SelangorKini.

TRIO LELAKI MENEMBAKKatanya, mata dicatat dalam acara itu adalah pencapaian terbaik mereka setakat ini.

Dengan acara 50m rifle 3 positions lelaki bakal disertai selepas ini, trio terbabit berharap mampu mengulangi prestasi terbaik bagi mencipta kemenangan.

Mereka mengalahkan pasukan Perak dibarisi Ahmad Khusyairi Abdul Razak, Muhammad Izzuadin Salmi dan Muhammad Farhan Adzha yang mencatat 1730.0 untuk meraih perak.

Manakala trio Pahang, Izzuddin Muhammad Shafri, Muhammad Nazirul Azhar Abdul Mutalib dan Muhammad Zulhilman Abdul Mutalib (1727.0) (gangsa).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.