Categories
SELANGOR

UNISEL-CCSB meterai MOU, sinergi kepakaran bersama

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JULAI: Universiti Selangor (UNISEL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) sebagai rakan sinergi bagi penghasilan komunikasi lebih berkesan.

Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata selain tujuan utama meneroka peluang publisiti kedua pihak, perkongsian pintar itu juga membuka landasan pertukaran kepakaran serta perkongsian hasil editorial dan kewartawanan.

“Pendekatan bertulis menerusi MoU ini mampu memberikan sinergi terkini yang boleh diterjemah menerusi komunikasi yang lebih berkesan dimasa akan datang kelak.

“Ini juga merupakan bukti perkongsian kerjasama erat diantara kedua-dua belah pihak selama ini,” katanya.

UNISEL CCSBMajlis Menandatangani MoU disaksikan Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Incorporated (MBI), Soffan Affendi Aminudin.

Bagi pihak UNISEL, MoU ditandatangan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman serta Pendaftar, Shamsul Azhar Mohd Yusof.

Manakala CCSB pula ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif, Eddie Adrianto Ahmad Khodzali.

CCSB adalah syarikat yang mengendalikan media rasmi Kerajaan Negeri, SelangorKini dan TVSelangor.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.