Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

SUKMA: Dua pingat kian pasti milik Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 JULAI : Pingat emas dan perak kian menjadi milik kontinjen Selangor dalam acara berbasikal Wanita 200 meter selepas kedua atletnya layak ke pusingan akhir Sukan Malaysia (SUKMA).

Perkara itu dimaklumkan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari menerusi Twitternya, sebentar tadi.

SUKMA SELANGOR“Dua pelumba Wanita berbasikal Selangor, Farina dan Allisa akan berentap di Final – 200M Pecut Wanita.

“Emas dan Perak milik Selangor. #TEKADJUARA,” tulisnya.

Selangor sebelum ini mensasarkan kutipan 48 pingat emas daripada penyertaan 24 acara dalam SUKMA di Sarawak.

Kotinjen renang dijangka memecah dominasi pasukan lain dengan sasaran 8 emas pada kejohanan SUKMA yang berlangsung pada 22 hingga 31 Julai ini.

Pada masa sama, 432 atlet Selangor akan beraksi dengan slogan ‘Smart Selangor Tekad Juara’.

Dalam edisi terdahulu, Selangor berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan selain pernah muncul juara dalam beberapa edisi sebelumnya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.