Categories
SELANGOR SUKANKINI

FMLLP: 91 pendaftaran pemain baru Liga Super dan 100PLUS Liga Premier

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JULAI: Football Malaysia LLP (FMLLP) mengumumkan 91 pendaftaran pemain baru dilakukan pasukan di Liga Super dan 100PLUS Liga Premier dalam tempoh 25 hari jendela perpindahan kedua untuk tahun ini yang dibuka sejak 20 Jun hingga 15 Julai lalu.

Liga Super menyaksikan pendaftaran 36 pemain baru dengan 17 daripadanya pemain import sementara 55 pendaftaran untuk 100PLUS Liga Premier dengan 23 pemain import.

Katanya, empat pasukan Liga Super Pahang FC, Perak, Terengganu dan PDRM antara pasukan paling sibuk sepanjang jendela perpindahan.

Red Giants“Pahang FC pasukan yang paling sibuk ketika jendela perpindahan dibuka dengan melakukan tujuh pendaftaran pemain baru dan satu-satunya pasukan di Liga Super yang menukar semua empat pemain import diikuti Perak dengan enam pemain termasuk dua import baru.

“Terengganu dan PDRM mendaftarkan lima muka dengan Terengganu membawa masuk dua pemain import dan satu untuk PDRM.

“T-Team FC ialah satu-satunya pasukan di Liga Super yang tidak melakukan sebarang pendaftaran baru dengan hanya perpindahan seorang pemain pasukan, Radhi Yusof yang ke Terengganu,” katanya.

Situasi lebih rancak berlaku di 100PLUS Liga Premier apabila ATM, Melaka dan UiTM FC melakukan rombakan berskala besar dengan mendaftarkan lapan pemain baru untuk pasukan masing-masing.

“ATM yang tidak mempunyai pemain import pada awal musim ini melakukan perubahan drastik dengan mendaftarkan empat pemain import baru.

“UiTM FC membuat keputusan untuk menukar semua pemain import mereka dengan membawa masuk empat import baru, manakala Melaka hanya mendaftar dua pemain import baru,” katanya.

Sementara PKNS FC tidak mendaftarkan sebarang pemain baru sebaliknya dua pemain mereka, Muhaimin Mohamad dan K Satish berpindah ke dua pasukan di Liga FAM, MOF FC serta Air Asia All-Stars FC.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.